Perkayuan / Pembalakan

Antara perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat BA adalah dalam bidang perladangan iaitu perniagaan kayu-kayan terutama dalam penebangan pokok getah ( major ) dan pembalakan ( minor ). Sasaran  perniagaan ini dalam jangkamasa satu tahun, minima kawasan yang diperlukan oleh syarikat BA adalah antara 300 ke 500 ekar setahun. Bagi January ke Febuari 2011, Syarikat BA telah berjaya berada di dalam lingkungan sasarannya dimana seluas 380 ekar telah berjaya dilaksanakan dan tidak termasuk  
kawasan-kawasan yang sedang diusahakan dan bakal diusahakan.

Selain melakukan tugas-tugas penebangan, bagi memercukan Syarikat BA, BAMNS turut beroperasi sebagai sebuah syarikat yang memukal kayu-kayan di Matau milik syarikat lain dengan membeli kayu-kayan mereka mengikut harga semasa.
Bagi kontraktor perkayuan yang tidak mempunyai akaun di kilang, BA menyediakan perkhidmatan akaun dimana syarikat BA akan membayar dahulu nilai kayu yang kontraktor perolehi dalam perniagaannya. Harga belian adalah bergantung pada harga semasa dan kualiti kayu.

BAMNS juga turut menyediakan tenaga mahir dalam bidang pemotongan kayu ( Team Chain Saw ) dimana caj dikenakan kepada kontraktor yang memerlukan adalah bergantung kepada luas kawasan dan tan per ekar.

Selain dari itu, BA turut menyediakan dana ( modal ) mengikut terma dan syarat kepada kontraktor perkayuan yang mempunyai kawasan tetapi tidak mempunyai cukup wang untuk menjalani operasi mereka. Antara syarat wajib yang harus dipersetujui adalah mereka harus menggunakan Team Chain Saw Syarikat BA dan menggunakan akaun BA dalam penjualan kayu ke kilang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan